Saturday 4 April 2015

Allah dah rancang .



Kenapa semalam aku kuat

Kenapa hari ini aku down

Selepas hujan ada pelangi

Tetapi aku lupa seperkara

Selepas pelangi boleh hujan lagi

Mungkin selepas itu petir muncul

Bukannya pelangi seperti aku harapkan

Perancangan Allah itu sangat indah

Hujan,pelangi hatta petir pun

Terpulang pada diri sendiri

Nak faham macam mana

Bila hujan

Kau mandilah hujan

Kalau demam minum air cap badak satu tempayan

Sakit boleh tolong hapuskan dosa yang setinggi tujuh langit

Bila pelangi

Cubalah cari hujung pelangi

Kononnya ada harta karut

Boleh biayai lagi 4 tahun pengajian aku

Bila petir

Takut disambar petir bila keluar

Jadi tarik selimut tidur

Dan nikmatilah sejuk ala London kejap

Perancangan Allah itu indah kan?

4 comments:

thank you for your comment !